adsensense champ

Jumat, Desember 24, 2010

Ada apa dengan 30 hb Januari???

Ibu..bergenang air mataku..terbayang..wajahmu yang redup sayu..
          Bait-bait lagu dendangan adik-adik aeman..menyebabkan hatiku sebak..seakan-akan sarat merindui seseorang..perginya seorang insan yang banyak berkorban…dialah ratu hatiku..IBU..sudah setahun lebih ibu telah kembali kepada Allah..
” Ya Allah…dengan rahmat dan kasihMu yang Maha Agung.. Engkau ampunilah segala dosa-dosa ibu.. tempatkanlah ibuku di dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai.. ya Allah..sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berharap dan berserah.. perkenankanlah permintaan daripadaku ..hambaMu yang terlalu hina dan berdosa ini…”
         Apabila di imbau kisah sedih ini….terasa terlalu teruknya diriku..tidak berkesempatan memohon maaf daripada ibu buat kali yang terakhir….dek kerana jarak yang memisahkan.. terpisah oleh laut China Selatan…..tidak berpeluang untuk mencium tangan ibu buat kali yang terakhir.. dek kerana tugas di Miri, Sarawak…sedangkan dosa-dosaku terhadap insan yang telah banyak berkorban untukku ini..tidak terhitung banyaknya..sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pernah menyatakan dalam satu sabdaan baginda:
” keredhaan Allah..terletak pada keredhaan ibu bapa..dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa”
          Mengimbas kembali kenangan ketika aku mendapat tawaran kerja di Sarawak …ku dapat membaca isi hati ibu..bagiku ketabahan ibu cukup luar biasa.. dalam keterpaksaan ibu merelakan..tapi ibu cukup bijak melindungi rasa di jiwa..ibu terlalu risau..dek kerana jarak yang terlalu jauh..nun di borneo..suatu tempat yang tak pernah aku impikan..tetapi itulah yang dikatakan.. kita merancang..Allah merancang..tetapi pastinya perancangan Allah yang akan terlaksana..kerana Allah adalah sebaik- baik Perancang..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar